Jumaat, 7 Mac 2014

KEM ISLAH SMKA TAHAP

Gambar : Zamri Abdullah

Kem Islah dilaksanakan untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui Kem Islah ini. Kem islah ini bermula pada 26 hingga 28 januari 2014 dan telah di jalankan di Kem Pedah, Pusat Kokurikulum Jerantut.Setiap pemimpin pelajar wajib menyertai aktiviti tarbiah untuk mengimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal digunakan dalam kehidupan yang penuh pancaroba pada hari akan mendatang.

Aktiviti tarbiah sangat menekankan aspek membina keyakinan diri, mencungkil bakat-bakat tersembunyi dan memupuk jalinan ukhwah dalam kalangan pelajar sekolah agama. Selain itu, aktiviti tarbiah juga mampu meningkatkan ketahanan fizikal dan mental pelajar. Dengan kesedaran tentang betapa pentingnya aktiviti tarbiah bagi pelajar sekolah agama, maka pihak MURABBI merancang untuk mengadakan Kem Islah bagi barisan kepimpinan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut .

 Alhamdulillah,secara keseluruhannya,program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang diinginkan.Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat sepanjang mengikuti program ini,seterusnya dapat mengamalkan dan berkongsi bersama sahabat-sahabat lain.




sila klik di bawah untuk gambar seterusnya(30keping)





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...