Jumaat, 21 Mac 2014

MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN GURU


Majlis persaraan Tuan Haji Zaini Mohd Ghazali telah berlangsung pada hari ini (21 mac 2014). Tuan haji Zaini telah menamatkan tugas sebagai seorang guru secara rasminya pada 17 Mac 2014.

Anda boleh mengikuti liku-liku kehidupan Tuan haji Zaini sepanjang bergelar sebagai seorang guru.


Khamis, 20 Mac 2014

KEPUTUSAN SPM 2013 (20 MAC 2014)

photo by: mohd nur iman


Keputusan SPM 2013 telah di umumkan pada hari ini bagi semua pelajar yang telah menduduki SPM pada tahun 2013 . Jumlah calon yang SMKA TAHAP seramai 105 pelajar.. SMKA telah mencatatkan keputusan yang agak memberangsangkan:
                                                               
                                                               GPS: 2.48
                  RANKING NEGERI PAHANG: TEMPAT KE-8    
                  JUMLAH PELAJAR SEMUA A: 7 pelajar          


Beberapa subjek telah menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya.



sila klik di bawah untuk gambar seterusnya

Isnin, 17 Mac 2014

GOTONG ROYONG PERDANA

photo by: mohd nur iman


Gotong royong perdana telah berlangsung pada hari sabtu 15 Mac 2014 bertempat di SMKA TAHAP. Gotong royong ini melibatkan semua pelajar dan guru SMKA TAHAP.Gotong royong ini bertujuan menceriakan kawasan sekolah.



 sila klik untuk gambar seterusnya(50 keping)

Jumaat, 14 Mac 2014

KEJOHANAN CATUR

photo by: wan ibrahim


Kejohanan catur telah berlangsung di SMKA TAHAP pada 6dan 7 Februari bagi peringkat sekolah. Kejohanan ini telah disertai oleh 112 pelajar dibahagikan mengikut kategori L18, P18, L15 dan P15. Kejohanan ini melibatkan 3 orang guru(Wan Ibrahim, Hairul Amizam dan Surena) sebagai penganjur kejohanan .

12  pelajar terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah dan 4 orang bagi setiap kategori yang telah di adakan pada 11 dan 12 februari 2014 bertempat di SMKA TAHAP.

8 pelajar terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri di Rompin pada 17 hingga 19 Februari 2014. 3 pelajar mewakili L15, 2 pelajar L18, 2 pelajar P15 dan 3 orang P18.


TAHLIL DAN SOLAT HAJAT

photo by: mohd nur iman


Majlis Tahlil dan solat hajat telah berlangsung pada hari khamis (13 Mac 2014). Majlis ini melibatkan semua guru dan pelajar SMKA TAHAP.







Khamis, 13 Mac 2014

KARNIVAL OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN MSSD JERANTUT 2014

photo by: Mohd Nur Iman


Kejohanan olahraga padang dan balapan MSSD Jerantut telah berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2014 bertempat di SMK Padang Saujana. Kejohanan ini melibatkan keseluruhan sekolah rendah dan menengah di daerah Jerantut.


 sila klik untuk gambar seterusnya(25 keping)

Rabu, 12 Mac 2014

KURSUS ASAS VLE FROG(LaDaP)

photo by: Mahyudin

Kursus (LaDaP) asas VLE Frog telah berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2014 bertempat di makmal komputer SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. Kursus ini melibatkan semua guru-guru SMKA TAHAP. Tahniah semua guru SMKA TAHAP.



PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN SAINS 2014

photo by : Mohd Nur Iman

Program peningkatan kecemerlangan  matapelajaran Sains 2014 telah di adakan di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang pada hari rabu bertarikh 12 Mac 2014 yang di anjurkan PPD Jerantut yang melibatkan semua pelajar sains tingkatan 5 dan guru sains dari semua sekolah di daerah Jerantut.

Program ini bertujuan meningkatkan pencapaian dan kualiti matapelajaran sains di daerah Jerantut. Program in i telah di pengerusikan oleh Ahmad Hilmi dari SMKA TAHAP dan Tuah Haji Hamzah dari Terengganu selaku penceramah jemputan.




 sila klik untuk gambar seterusnya(5gambar)

Isnin, 10 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

photo by: mohd nur iman




Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 18 telah di adakan pada khamis bertarikh 6 mac 2014 bertempat di Dewan Utama SMKA TAHAP. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Mahyuddin b. Abdul Majid.
Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Azhar B. Sulong, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) cawangan Jerantut.





Sila klik untuk gambar selanjutnya

Jumaat, 7 Mac 2014

KOKURIA BAHASA MELAYU 2014

photo by: Sarifah Amsari

Minggu Kokuria Bahasa MSSD Jerantut telah berlangsung pada 3 hingga 6 mac 2014 bertempat di SMK Padang Piol selaku tuan rumah. Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya ialah pantun, perbahasan dan lain-lain.

SMKA TAHAP hampir menjadi johan bagi setiap kategori kecuali forum yang kandas di peringkat akhir. Pertandingan ini  melibatkan beberapa orang pelajar SMKA TAHAP.


Sila klik untuk gambar seterusnya.

KEM ISLAH SMKA TAHAP

Gambar : Zamri Abdullah

Kem Islah dilaksanakan untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui Kem Islah ini. Kem islah ini bermula pada 26 hingga 28 januari 2014 dan telah di jalankan di Kem Pedah, Pusat Kokurikulum Jerantut.Setiap pemimpin pelajar wajib menyertai aktiviti tarbiah untuk mengimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal digunakan dalam kehidupan yang penuh pancaroba pada hari akan mendatang.

Aktiviti tarbiah sangat menekankan aspek membina keyakinan diri, mencungkil bakat-bakat tersembunyi dan memupuk jalinan ukhwah dalam kalangan pelajar sekolah agama. Selain itu, aktiviti tarbiah juga mampu meningkatkan ketahanan fizikal dan mental pelajar. Dengan kesedaran tentang betapa pentingnya aktiviti tarbiah bagi pelajar sekolah agama, maka pihak MURABBI merancang untuk mengadakan Kem Islah bagi barisan kepimpinan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut .

 Alhamdulillah,secara keseluruhannya,program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang diinginkan.Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat sepanjang mengikuti program ini,seterusnya dapat mengamalkan dan berkongsi bersama sahabat-sahabat lain.




sila klik di bawah untuk gambar seterusnya(30keping)

SUKANTARA SMKA TAHAP

Photo by: @Khairul Izzat Ismail

SMKA TAHAP, Jerantut - Sukantara SMKA TAHAP bermula 21 februari 2014 dengan empat buah rumah sukan mengambil bahagian dalam acara padang dan balapan dalam usaha untuk mengumpul mata kemenangan rumah masing-masing. Program tersebut yang merupakan salah satu aktiviti tahunan kokurikulum di SMKA TAHAP melibatkan semua pelajar, di mana setiap murid diberi peluang untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing melalui acara-acara yang dipertandingkan. Antara acara-acara tersebut ialah lompat jauh, larian dan acara balapan. Selain menyumbangkan mata, Sukantara juga memberikan kesempatan kepada guru-guru  untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Jerantut berdasarkan prestasi setiap murid dalam Sukantara.




    
sila klik di bawah untuk gambar seterusnya(40keping)

Pertandingan Merentas Desa SMKA TAHAP

photo by: Mohd Nur Iman

Pertandingan Merentas desa peringkat SMKA TAHAP 2014 telah berlangsung pada 24 Januari 2014 pada hari jumaat. Pertandingan ini melibatkan semua pelajar SMKA TAHAP samada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Pertandingan ini telah dijayakan oleh semua guru dan kakitangan SMKA TAHAP.

Pertandingan ini telah di menangi oleh pasukan Amru bagi kategori putera dan Pasukan Ubaidah oleh kategori puteri. Johan keseluruhan bagi tahun 2014 telah di sandang oleh Pasukan Ubaidah.



sila klik di bawah untuk gambar seterusnya(40keping)

MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...