Jumaat, 24 Oktober 2014

KEJOHANAN BOLA BALING JEMPUTAN

SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN LELAKI BAWAH 16 TAHUN

GAMBAR OLEH : Awis & Nur Iman

Kejohanan bola baling jemputan telah berlangsung di Dewan SJK(c) Sungai Jan, Jerantut pada 24-26 oktober 2014. Kejohanan ini telah di serati oleh beberapa pasukan dari negeri-negeri lain seperti Terengganu, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.

Tujuan kejohanan ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan meningkatkan martabat sukan bola baling dalam kalangan SMKA seluruh Malaysia. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Bola Baling dan Jawwatankuasa Kebitaraan Bola Baling SMKA TAHAP
























Rabu, 13 Ogos 2014

LaDaP : Taman Negara

Photo by: Mohd Nur Iman



Kem Nusa,Taman Negara- Latihan dalam Perkhidmatan telah diadakan pada 9-10 ogos bertempat di KemNusa, Taman Negara, Jerantut, Pahang. Latihan ini melibatkan semua guru dan kakitangan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. Latihan ini turut di hadiri oleh tetamu jemputan iaitu Pn. Hor Hayati bt L. Isa iaitu Timbalan Ketua Pengarah.



*(21 Gambar)-klik link di bawah untuk lihat gambar


Jumaat, 8 Ogos 2014

Lawatan Penanda Aras Luar Negara (BRUNEI)

photo by : Dr. Norazamuddin

Brunei, Lawatan penanda Aras ke Brunei telah berjalan dengan lancar selama 3hari 2malam. lawatan ini melibatkan 15 orang guru, dan 15 orang pelajar yang telah dibuat pada 27 hingga 29 April 2014. Lawatan ini di ketuai oleh tuan Pengetua SMKA TAHAP (Haji Dahari Bin Ahmad.



Majlis Persaraan Haji Dahari Bin Ahmad

photo by : Ahmad Hilmi Bin Idris


Dewan Utama, SMKA TAHAP, Majlis persaraan pengetua SMKA TAHAP telah berlangsung pada 5 ogos 2014 bersamaan 10 syawal 1435H. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Sektor JPN Pahang, Pegawai PPD, Pengetua-pengetua sekolah sekitar jerantut dan kakitangan serta pelajar SMKA TAHAP. Haji Dahari telah menamatkan karier sebagai guru di SMKA TAHAP pada 6 ogos 2014 setelah berkhidmat selama 35 tahun dalam arena pendidikan negara.


Jumaat, 21 Mac 2014

MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN GURU


Majlis persaraan Tuan Haji Zaini Mohd Ghazali telah berlangsung pada hari ini (21 mac 2014). Tuan haji Zaini telah menamatkan tugas sebagai seorang guru secara rasminya pada 17 Mac 2014.

Anda boleh mengikuti liku-liku kehidupan Tuan haji Zaini sepanjang bergelar sebagai seorang guru.


Khamis, 20 Mac 2014

KEPUTUSAN SPM 2013 (20 MAC 2014)

photo by: mohd nur iman


Keputusan SPM 2013 telah di umumkan pada hari ini bagi semua pelajar yang telah menduduki SPM pada tahun 2013 . Jumlah calon yang SMKA TAHAP seramai 105 pelajar.. SMKA telah mencatatkan keputusan yang agak memberangsangkan:
                                                               
                                                               GPS: 2.48
                  RANKING NEGERI PAHANG: TEMPAT KE-8    
                  JUMLAH PELAJAR SEMUA A: 7 pelajar          


Beberapa subjek telah menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya.



sila klik di bawah untuk gambar seterusnya

Isnin, 17 Mac 2014

GOTONG ROYONG PERDANA

photo by: mohd nur iman


Gotong royong perdana telah berlangsung pada hari sabtu 15 Mac 2014 bertempat di SMKA TAHAP. Gotong royong ini melibatkan semua pelajar dan guru SMKA TAHAP.Gotong royong ini bertujuan menceriakan kawasan sekolah.



 sila klik untuk gambar seterusnya(50 keping)

MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...