Sabtu, 17 Disember 2016

PEMASANGAN KARPET BARU SURAU AL-MUTTAQIN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak ALUMNI SMKA TAHAP yang telah menyumbang dan membekalkan karpet ruang solat bagi surau Al-Muttaqin SMKA TAHAP. Proses pemasangan telah berjalan lancar dan siap sepenuhnya pada 15 Disember 2016.

"SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN DAN MENANDAKAN SEBAGAI SUATU AMAL KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"
SYUKRAN JAZILAN





KEJOHANAN BOLA BALING KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN

AKTIVITI SMKA TAHAP

Anjuran : Unit Kebitaraan Bola Baling

Kerjasama : Persatuan Bola Baling Malaysia (MIHF), Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP)

Tarikh : 26-28 Nov 2016
Tempat : Dewan Utama SJK (C) Sungai Jan, Jerantut





Khamis, 15 Disember 2016

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU TAHUN 2017


Pihak SMKA TAHAP merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah terpilih dengan tawaran penempatan tingkatan satu ke SMKA TAHAP bagi tahun 2017. Sila muat turun semua bahan yang berkaitan bagi memudahkan urusan pendaftaran anak tuan puan.

Sila Muat Turun Bahan


Terima kasih kepada Unit Hal Ehwal Murid dan JK Pendaftaran Tingkatan Satu

SAMBUTAN KARNIVAL KOKURIKULUM

AKTIVITI SMKA TAHAP

Berlangsung pada 09 hingga 11 Ogos 2016

Hari Koperasi Sekolah (HKS)
Pertandingan Kawad Kaki
Kejohanan Balapan dan Padang

Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama dan komitmen. "Badan yang cergas membentuk minda yang cerdas"



Ahad, 26 Jun 2016

HARI TANDA KASIH SMKA TAHAP


PROGRAM HARI TANDA KASIH DAN
KONSULTASI AKADEMIK SMKA TAHAP
KALI KE-2 TAHUN 2016

Tarikh : 01 Julai 2016 (Jumaat)
Tempat : Surau Al-Muttaqin
Masa : 10.30 pagi

SEMUA IBU BAPA ATAU PENJAGA MURID
TINGKATAN 1 HINGGA 5 DIJEMPUT HADIR

Sila muat turun
SURAT JEMPUTAN DAN ATUR CARA PROGRAM


Terima kasih

Sabtu, 6 Februari 2016

KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JERANTUT (MSSD JERANTUT)

TAHNIAH DAN SYABAS.

SMKA TAHAP telah menyertai pertandingan MSSD Jerantut bagi sukan dan permainan yang telah dipertandingkan sehingga bulan Februari 2016. Berikut adalah pencapaian pasukan SMKA TAHAP. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi komitmen serta atas pencapaian yang cemerlang.

1. Bola Baling - Johan (L18) dan Ketiga (P18)
2. Merentas Desa - Johan Keseluruhan / Johan Kat P18 / Johan Kat L18
3. Sepak Takraw - Pusingan Kedua / Suku Akhir
4. Bola Jaring - Naib Johan (P18 dan P15)
5. Badminton - Separuh Akhir (L15)

Kutipan Gambar Daripada : Jurulatih dan Guru Pengiring



MAKLUMAN DARIPADA JK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH (Muat Turun Bahan)


SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG, 27000 JERANTUT

Sila muat turun bahan-bahan yang berkaitan dengan pautan di bawah untuk rujukan dan tindakan bersama. Terima kasih atas komitmen semua.

KADAR SUMBANGAN PIBG TAHUN 2016

MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...