Ahad, 31 Januari 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA TAHAP KALI KE-30

SARANA PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SMKA TAHAP bagi tahun 2016 telah berlangsung pada 30 Januari 2016 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para ibu bapa serta penjaga. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Ahli Parlimen Jerantut pada jam 10.00 pagi di Dewan Utama. Kehadiran ibu bapa dan penjaga yang melebihi 300 orang telah memberi berjaya memberi impak kepada hasil mesyuarat kali ini yang telah membahaskan beberapa usul. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG iaitu Dato' Jalaludin bin Haji Ghazali dan pada jam 2.00 petang mesyuarat telah ditangguhkan. Bersama-sama kita menjunjung aspirasi kecemerlangan SMKA TAHAP dalam membentuk generasi rabbani. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen.





PERTANDINGAN MERENTAS DESA TAHUN 2016

MERENTAS DESA ANTARA RUMAH SUKAN

Pada hari Jumaat, 22 Januari 2016 telah berlangsung pertandingan merentas desa melibatkan semua murid putera dan puteri dengan jarak dan trek laluan yang berbeza. Trek adalah sekitar kawasan sekolah dan kebun getah serta kebun sawit belakang Kuarters Pendidikan Temin. Komitmen yang bersepadu daripada semua guru serta murid telah menjadikan acara ini meriah dan mencapai objektif bagi membentuk murid yang cergas mempunyai minda yang cerdas. Bersama-sama kita menjunjung aspirasi kecemerlangan SMKA TAHAP dalam Membentuk Insan Rabbani.

Gambar disediakan oleh Unit Media dan Dokumentasi






Ahad, 3 Januari 2016

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2016

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 SMKA TAHAP telah berlangsung pada hari Ahad, 3 Januari 2016. Pendaftaran ini bermula dari jam 8.00 pagi. Seramai 94 orang pelajar telah mendaftar diri di SMKA TAHAP bagi panggilan atau tawaran yang pertama. Pada 14 Januari 2016 pendaftaran tawaran kedua ke SMKA TAHAP. Seramai 142 orang telah mendaftar keseluruhannya. Kami mengucapkan selamat datang ke SMKA TAHAP.











Sabtu, 2 Januari 2016

MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2, 3, 4, 5 DAN 6 TAHUN 2016

SELAMAT KEMBALI KE SMKA TAHAP

Pendaftaran pelajar tingkatan dua hingga enam di SMKA TAHAP akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 03 Januari 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Makan Aspura (L) dan Dewan Makan Aspuri (P)

Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk mematuhi atur cara yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi melicin dan memudahkan urusan pendaftaran anak jagaan tuan puan. Sila muat turun bahan berdasarkan pautan di bawah sebagai panduan dan mohon dilengkapkan borang-borang yang berkaitan untuk diserahkan kepada pihak sekolah semasa pendaftaran kelak. 


Bersama-sama ini disertakan surat makluman dan jemputan daripada pihak PIBG untuk rujukan pihak ibu bapa dan penjaga. Sila klik pautan berikut untuk memuat turun bahan.



Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama yang diberi.

Jumaat, 1 Januari 2016

LaDaP SIRI 1/2016 : Hala Tuju Kecemerlangan SMKA TAHAP Ke Arah SBT


LaDaP SIRI 1/2016 : Hala Tuju Kecemerlangan SMKA TAHAP Ke Arah SBT oleh Pengetua SMKA TAHAP (Tn. Haji S.Mahdzir Bin S.Nordin). Taklimat ini melibatkan semua guru SMKA TAHAP. Taklimat ini berkaitan pengurusan dan pergerakan guru bagi sesi 2016.



MESYUARAT GURU TAHUN 2016



Mesyuarat guru Bil. 1 Tahun 2016 telah berlangsung pada 31 Disember 2015. Mesyuarat ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dipengerusikan oleh Pengetua SMKA TAHAP iaitu Tuan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin. Mesyuarat ini melibatkan semua guru SMKA TAHAP. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan dan pengurusan tugas kepada semua guru SMKA TAHAP bagi tahun 2016.



MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...