Jumaat, 30 Disember 2016

MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2017


Mesyuarat pengurusan dan perancangan bagi takwim persekolahan tahun 2017. Pembentangan JK Pengurusan dan Pentadbiran, JK Kurikulum, JK Hal Ehwal Murid, JK Kokurikulum serta JK Pra Universiti.

TARIKH
28 - 29 Disember 2016
HARI
Rabu dan Khamis
MASA
8.30 pagi
TEMPAT
Bilik Mesyuarat




Khamis, 22 Disember 2016

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 2, 3, 4, 5 DAN 6 TAHUN 2017

MAKLUMAT PENDAFTARAN 

TARIKH
02 Januari 2017 (Isnin)
MASA
8.00 pagi
TEMPAT
Tingkatan 2, 4 dan 6 - Dewan Terbuka
Tingkatan 3 dan 5 - Kelas (Blok B dan C)
CATATAN
Pihak koperasi akan mula membuat jualan pada 27 Disember 2016 (Selasa) bermula jam 10.00 pagi di koperasi sekolah.

Untuk memudahkan proses pendaftaran anak jagaan tuan puan. Sila muat turun bahan pendaftaran dan borang maklumat yang perlu dilengkapkan semasa pendaftaran kelak.

Sila klik lampiran berikut : BAHAN dan MAKLUMAT PENDAFTARAN MURID
Sila klik lampiran berikut : ANGGARAN SUMBANGAN PIBG


Ahad, 18 Disember 2016

KEPUTUSAN UJIAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2016

ANALISA KEPUTUSAN PT3

Sekalung tahniah kepada semua calon tingkatan 3 SMKA TAHAP atas keputusan dengan penguasaan 100% bagi semua mata pelajaran dan Gred Purata Sekolah 1.64, meningkat berbanding 1.73 bagi tahun 2015.

Setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen semua guru yang telah memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran murid serta semua program peningkatan akademik dan sahsiah sepanjang tahun 2016. Syukran Jazilan








Sabtu, 17 Disember 2016

PEMASANGAN KARPET BARU SURAU AL-MUTTAQIN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak ALUMNI SMKA TAHAP yang telah menyumbang dan membekalkan karpet ruang solat bagi surau Al-Muttaqin SMKA TAHAP. Proses pemasangan telah berjalan lancar dan siap sepenuhnya pada 15 Disember 2016.

"SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN DAN MENANDAKAN SEBAGAI SUATU AMAL KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"
SYUKRAN JAZILAN





KEJOHANAN BOLA BALING KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN

AKTIVITI SMKA TAHAP

Anjuran : Unit Kebitaraan Bola Baling

Kerjasama : Persatuan Bola Baling Malaysia (MIHF), Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP)

Tarikh : 26-28 Nov 2016
Tempat : Dewan Utama SJK (C) Sungai Jan, Jerantut





Khamis, 15 Disember 2016

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU TAHUN 2017


Pihak SMKA TAHAP merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah terpilih dengan tawaran penempatan tingkatan satu ke SMKA TAHAP bagi tahun 2017. Sila muat turun semua bahan yang berkaitan bagi memudahkan urusan pendaftaran anak tuan puan.

Sila Muat Turun Bahan


Terima kasih kepada Unit Hal Ehwal Murid dan JK Pendaftaran Tingkatan Satu

SAMBUTAN KARNIVAL KOKURIKULUM

AKTIVITI SMKA TAHAP

Berlangsung pada 09 hingga 11 Ogos 2016

Hari Koperasi Sekolah (HKS)
Pertandingan Kawad Kaki
Kejohanan Balapan dan Padang

Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama dan komitmen. "Badan yang cergas membentuk minda yang cerdas"



Ahad, 26 Jun 2016

HARI TANDA KASIH SMKA TAHAP


PROGRAM HARI TANDA KASIH DAN
KONSULTASI AKADEMIK SMKA TAHAP
KALI KE-2 TAHUN 2016

Tarikh : 01 Julai 2016 (Jumaat)
Tempat : Surau Al-Muttaqin
Masa : 10.30 pagi

SEMUA IBU BAPA ATAU PENJAGA MURID
TINGKATAN 1 HINGGA 5 DIJEMPUT HADIR

Sila muat turun
SURAT JEMPUTAN DAN ATUR CARA PROGRAM


Terima kasih

Sabtu, 6 Februari 2016

KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JERANTUT (MSSD JERANTUT)

TAHNIAH DAN SYABAS.

SMKA TAHAP telah menyertai pertandingan MSSD Jerantut bagi sukan dan permainan yang telah dipertandingkan sehingga bulan Februari 2016. Berikut adalah pencapaian pasukan SMKA TAHAP. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi komitmen serta atas pencapaian yang cemerlang.

1. Bola Baling - Johan (L18) dan Ketiga (P18)
2. Merentas Desa - Johan Keseluruhan / Johan Kat P18 / Johan Kat L18
3. Sepak Takraw - Pusingan Kedua / Suku Akhir
4. Bola Jaring - Naib Johan (P18 dan P15)
5. Badminton - Separuh Akhir (L15)

Kutipan Gambar Daripada : Jurulatih dan Guru Pengiring



MAKLUMAN DARIPADA JK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH (Muat Turun Bahan)


SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG, 27000 JERANTUT

Sila muat turun bahan-bahan yang berkaitan dengan pautan di bawah untuk rujukan dan tindakan bersama. Terima kasih atas komitmen semua.

KADAR SUMBANGAN PIBG TAHUN 2016

Ahad, 31 Januari 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA TAHAP KALI KE-30

SARANA PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SMKA TAHAP bagi tahun 2016 telah berlangsung pada 30 Januari 2016 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para ibu bapa serta penjaga. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Ahli Parlimen Jerantut pada jam 10.00 pagi di Dewan Utama. Kehadiran ibu bapa dan penjaga yang melebihi 300 orang telah memberi berjaya memberi impak kepada hasil mesyuarat kali ini yang telah membahaskan beberapa usul. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG iaitu Dato' Jalaludin bin Haji Ghazali dan pada jam 2.00 petang mesyuarat telah ditangguhkan. Bersama-sama kita menjunjung aspirasi kecemerlangan SMKA TAHAP dalam membentuk generasi rabbani. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen.





PERTANDINGAN MERENTAS DESA TAHUN 2016

MERENTAS DESA ANTARA RUMAH SUKAN

Pada hari Jumaat, 22 Januari 2016 telah berlangsung pertandingan merentas desa melibatkan semua murid putera dan puteri dengan jarak dan trek laluan yang berbeza. Trek adalah sekitar kawasan sekolah dan kebun getah serta kebun sawit belakang Kuarters Pendidikan Temin. Komitmen yang bersepadu daripada semua guru serta murid telah menjadikan acara ini meriah dan mencapai objektif bagi membentuk murid yang cergas mempunyai minda yang cerdas. Bersama-sama kita menjunjung aspirasi kecemerlangan SMKA TAHAP dalam Membentuk Insan Rabbani.

Gambar disediakan oleh Unit Media dan Dokumentasi






Ahad, 3 Januari 2016

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2016

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 SMKA TAHAP telah berlangsung pada hari Ahad, 3 Januari 2016. Pendaftaran ini bermula dari jam 8.00 pagi. Seramai 94 orang pelajar telah mendaftar diri di SMKA TAHAP bagi panggilan atau tawaran yang pertama. Pada 14 Januari 2016 pendaftaran tawaran kedua ke SMKA TAHAP. Seramai 142 orang telah mendaftar keseluruhannya. Kami mengucapkan selamat datang ke SMKA TAHAP.











Sabtu, 2 Januari 2016

MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2, 3, 4, 5 DAN 6 TAHUN 2016

SELAMAT KEMBALI KE SMKA TAHAP

Pendaftaran pelajar tingkatan dua hingga enam di SMKA TAHAP akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 03 Januari 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Makan Aspura (L) dan Dewan Makan Aspuri (P)

Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk mematuhi atur cara yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi melicin dan memudahkan urusan pendaftaran anak jagaan tuan puan. Sila muat turun bahan berdasarkan pautan di bawah sebagai panduan dan mohon dilengkapkan borang-borang yang berkaitan untuk diserahkan kepada pihak sekolah semasa pendaftaran kelak. 


Bersama-sama ini disertakan surat makluman dan jemputan daripada pihak PIBG untuk rujukan pihak ibu bapa dan penjaga. Sila klik pautan berikut untuk memuat turun bahan.



Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama yang diberi.

Jumaat, 1 Januari 2016

LaDaP SIRI 1/2016 : Hala Tuju Kecemerlangan SMKA TAHAP Ke Arah SBT


LaDaP SIRI 1/2016 : Hala Tuju Kecemerlangan SMKA TAHAP Ke Arah SBT oleh Pengetua SMKA TAHAP (Tn. Haji S.Mahdzir Bin S.Nordin). Taklimat ini melibatkan semua guru SMKA TAHAP. Taklimat ini berkaitan pengurusan dan pergerakan guru bagi sesi 2016.



MESYUARAT GURU TAHUN 2016



Mesyuarat guru Bil. 1 Tahun 2016 telah berlangsung pada 31 Disember 2015. Mesyuarat ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dipengerusikan oleh Pengetua SMKA TAHAP iaitu Tuan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin. Mesyuarat ini melibatkan semua guru SMKA TAHAP. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan dan pengurusan tugas kepada semua guru SMKA TAHAP bagi tahun 2016.



MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...