Khamis, 31 Disember 2015

KURSUS KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI TAHUN 2016


Kursus kepimpinan majlis perwakilan pelajar bagi sesi 2016 telah bermula pada 30 Disember 2015 dan dijangka tamat pada 2 Januari 2016. Kursus ini telah dihadiri oleh 108 orang pelajar yang mewakili badan ketua pengawas (KP), pembimbing rakan sebaya (PRS) dan Badan Kepimpinan Remaja Islam Sekolah (BAKRIS). Kursus ini dikendalikan sepnuhnya oleh guru dan alumni SMKA TAHAP. Kursus ini telah diadakan di Dewan Utama SMKA TAHAP dan dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Disiplin SMKA TAHAP.




Sabtu, 26 Disember 2015

KEPUTUSAN UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 2015

KEPUTUSAN PT 3 2015

Keputusan PT3 tahun 2015 telah diumum secara rasmi pada 14 Disember 2015 (Isnin). Secara keseluruhan pencapaian bagi SMKA TAHAP telah meningkat dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 2.05 pada tahun 2014 berbanding 1.75 pada tahun 2015 dengan mencapai 100% tahap penguasaan oleh 141 orang calon. Seorang pelajar iaitu NUR AIDA NABILA BINTI MOHD MALAYSIA telah berjaya memperoleh gred A dalam semua ujian yang telah dijalankan bagi pentaksiran tingkatan 3. Tahniah semua calon PT3 dan terima kasih kepada semua guru atas daya usaha dalam membina kecemerlangan di SMKA TAHAP.



KENANGAN 2015 (KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM)



Program telah berlangsung pada 11 - 14 Jun 2015 di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut. Penyertaan melibatkan semua calon SPM SMKA TAHAP seramai 117 orang. Penceramah merupakan guru pakar atau guru cemerlang mata pelajaran masing-masing dari Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang. Mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Biologi, Fizik, Kima, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bersama-sama kita menjana kecemerlangan SMKA TAHAP.  Jutaan terima kasih kepada semua AJK Program dan Pengurus Program iaitu Puan Hasma binti Abu Hassan kerana telah melaksanakan program dengan jayanya.











Isnin, 21 Disember 2015

KENANGAN 2015 (Majlis Pertukaran PK HEM, En Salim bin Bakar dan Ustaz Mohd Ridzuan bin Mohd Zahidin)

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih berlangsung dengan penuh meriah pada 11 September 2015 (Jumaat) di Dewan Utama. Semua pelajar dan tetamu utama iaitu YDP PIBG SMKA TAHAP turut hadir bagi meraikan En Salim Bakar dan Ustaz Mohd Ridzuan bin Mohd Zahidin. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu kepada tetamu yang diraikan iaitu En Salim yang bertugas sebagai pengetua di SMK Jengka 12 dan Ustaz Mohd Ridzuan sebagai Penolong Pengarah Unit Akademik (Bahasa Arab) di Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang. Semoga terus cemerlang.





PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2016. (Muat Turun Dokumen)




Tahniah pihak sekolah ucapkan kepada semua calon UPSR 2015 yang telah ditawarkan ke SMKA TAHAP bagi tahun 2016. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun semua maklumat dan bahan bagi memudahkan tuan puan semasa proses pendaftaran.


Tarikh : 03 Januari 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Utama







Ahad, 20 Disember 2015

JALINAN ANTARABANGSA BANDA ACEH, INDONESIA

Gambar oleh: MNI


Program ini telah berlangsung pada 10  hingga 14 november 2015. Program ini melibatkan guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG sekolah serta wakil pelajar SMKA TAHAP. Program ini telah melibatkan beberapa aktiviti dan telah berlangsung dengan jayanya.







Sabtu, 19 Disember 2015

KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 16 TAHUN PERINGKAT KEBANGSAAN



Kejohanan bola baling anjuran SMKA TAHAP telah berlangsung pada 06 hingga 09 November 2015. Kejohanan ini telah disertai oleh beberapa negeri, daerah, kelab dan sekolah. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki bawah 16 dan perempuan bawah 16. Seramai 12 pasukan lelaki telah mengambil bahagian dan 15 pasukan bagi kategori perempuan. Kejohanan ini telah di anjurakn dengan kerjasama Malaysia Handball Federation (MAHF), Majlis Daerah Jerantut (MDJ), JPN Pahang, PPD Jerantut dan beberapa organisasi yang terlibat secara tidak langsung.Kejohanan ini adalah salah satu program di bawah program Kebitaraan Bola Baling Sekolah Kluster Kecemerlangan. Johan Kategori Lelaki pasukan MSS Perak dan Kategori Perempuan pasukan MSS Terengganu


Khamis, 17 Disember 2015

SUKANTARA SMKA TAHAP KALI KE-15

Pertandingan Sukan Tara SMKA TAHAP

Gambar Oleh : Mohd Nur Iman

28 Feb 2015 - Sukantara SMKA TAHAP kali ke-15 telah di adakan pada hari sabtu dan melibatkan semu aguru sebagai pegawai kejohanan serta penglibatan pelajar sebagai peserta. Sukantara kali ke-15 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya yang melibatkan empat acara iaitu 100m, 800m, lompat jauh serta lontar peluru. Objektif sukantara adalah untuk mencungkil dan memilih pelajar mewakili rumah sukan masing-masing bagi sukan tahunan yang akan di adakan pada masa terdekat. 



MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA, ANUGERAH HEM, ANUGERAH KOKURIKULUM DAN TAHFIZ BARAKAH




gambar oleh : nuriman



Majlis jamuan ini di adakan sempena meraikan seluruh warga SMKA TAHAP di atas pencapaian dan kejayaan sepanjang tahun 2014. Jamuan ini juga turut dihadiri oleh wakili oleh PPD Jerantut, pihak polis daerah, serta wakil PIBG.












 Baca lagi......

MAJLIS SANJUNGAN BUDI "SELAUTAN JASA, SERIBU MEMORI"

Majlis berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Utama sempena persaraan Haji S. Mahdzir bin S. Nordin (Pengetua Cemerlang) ...